Thursday, March 10, 2011

'Hormati orang lain'

10 March 2011 (khamis)- Sebentar tadi pada pukul 9.00 p.m, saya ke Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, UPSI untuk menghadiri latihan drama dan seni lakon bersama kawan-kawan yang terlibat. Selepas tamat latihan pada pukul 11.00 malam, saya dan Sidi kawan sekelas saya pergi ke sebuah restoran. Sebaik sahaja duduk kami dilayan oleh pelayan restoran tersebut. Setelah selesai, saya melihat sekitar dan ternampak ada seorang makcik yang membawa beberapa jenis keropok. Saya perhatikannya dari jauh, dan mendapati makcik tersebut ingin menjual keropok keropok itu kepada pelanggan-pelanggan dalam restoran tersebut. Apabila makcik tersebut cuba menawarkan keropok itu kepada pelanggan, ada yang membeli dan ada pula yang tidak membeli. Namun, perkara membeli dan tidak itu merupakan suatu kelaziman. Tetapi perkara yang menyedihkan ialah terdapat beberapa kumpulan manusia yang tidak tunjuk hormat kepada makcik tersebut.  Tadi saya melihat kumpulan manusia yang ‘tak berakal ini’ tidak memberi sebaranag ‘respon’ atau tindak balas kepada makcik tersebut. Mereka membiarkan makcik itu bercakap tanpa menghiraukannya.

                Jadi bagi saya, perkara ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi latar tempat atau latar masyarakatnya terdiri daripada masyarakat berpendidikan tinggi atau boleh dikategorikan sebagai golongan berilmu. Kita tidak boleh memandang hina terhadap golongan seperti makcik tersebut biarpun beliau hanya menjual keropok di tepi-tepi jalan. Kumpulan manusia ‘tak berakal’ tersebut seharusnya melayan makcik tersebut walaupun tidak membelinya, cukuplah setakat memberitahu makcik itu bahawa mereka tidak dapat membeli keropok tersebut. Jangan biarkan makcik itu berdiri lama atau menganggap kedatangannya tidak dirasai. 

No comments:

Post a Comment