Sunday, February 27, 2011

Bahasa dan masyarakat

Hari ini 27 Feb. 11 saya sangat sibuk berurusan dengan satu syarikat menjual kereta. Saya ingin mencari kereta yang sederhana boleh diguna pakai dalam masa yang lama dan harga berpatutan. Sebelum ini saya ada mencari kereta-kereta terpakai melalui internet di laman web ‘mudah.com’. Saya tegaskan bahawa membeli sebuah kereta tidak sama dengan membeli sepasang selipar. Apatah lagi kita tidak mempunyai skemata yang berkaitan dengan pembelian kereta seperti istilah ‘on the road’, ‘insurans’, ‘gear box’, ‘road tax’, ‘enjin oil’, iaitu kebanyakkan istilah yang digunakan dalam bahasa english.  Apabila kita berurusan dengan orang lain sudah semestinya kita perlu berkomunikasi. Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah bahasa yang digunakan dalam perbincangan tersebut. Serius saya katakan, saya kurang faham dengan bahasa yang digunakan oleh pemilik kereta tersebut. Saya menelefon pemilik tersebut untuk meminta kepastian dan meminta tunjuk jalan sebelum pergi ke tempat itu. Bahasa orang tersebut seperti yang berlaku dalam dialog di bawah.

Saya: Hello, selamat petang, ini  kedai Inshield autosearch menjual kereta kah?
Bos: iya..ada apa mau beli kereta?
Saya: tengah mencari. Kereta kembara yang dalam ‘mudah’ no plat PJ**** tu masih ada?
Bos: oo masih ada, u bila mari? kalau u mari bole tengok harga kasi runding.
Saya: iya, saya dalam perjalanan ke kedai awak.
Bos: ok, u mari sini pukul berapa sampai? Ini kedai tutup pukul 5.30 petang. U mari sini hari hujan oo..besok boleh mari ka?

Dialog di atas sebahagian daripada perbualan kami. Saya tidak dapat menulis semua perbualan kami sebab ada beberapa bahagian yang sememangnya saya tidak dapat ‘tangkap’ maknanya. Penggunaan kata ‘you’ sebagai kata ganti nama biasa digunakan oleh masyarakat cina di Malaysia. Saya kurang fasih bercakap atau meneka makna dengan cara berbahasa demikian. Saya bernasib baik sebab ada abang ipar yang biasa menggunakan cara berbahasa pemilik kereta tersebut bagi memudahkan urusan pembelian kereta. Saya berpendapat, ada kebaikkannya tahu berbahasa dalam pelbagai loghat atau dialek untuk memudahkan kita berurusan dengan masyarakat yang pelbagai. Namun kadang kala saya juga serba salah kerana terpaksa mengikut cara berbahasa mereka sedangkan orang lain pula tidak terfikir untuk cuba bercakap dalam bahasa yang kita gunakan.

Sunday, February 20, 2011

Kemahiran Berkomunikasi

Kadang-kadang kita tidak sedar dalam perhubungan dan pergaulan kita sudah menyakiti hati hati orang lain. Ada seorang kawan ini bercerita dengan saya, katanya dia ada konflik dengan sahabat rapatnya gara-gara tersinggung dengan cara kawanya bercakap. Dalam entri ini, saya berikan nama kawan yang bercerita dengan saya ini si X dan kawan yang satu lagi si Y. Situasi tersebut dapat digambarkan seperti perbualan di bawah. Mereka tinggal dalam satu rumah dan satu bilik di sebuah kolej swasta.

Si X: Y, mari kita  turun p Tesco.
Si Y: Malas lah nak turun.
Si X: Ai, temankan saya jer. Tak berani la jalan sorg-sorg.
Si Y: Ada ku kesah...Malas ni jalan-jalan.
Si X: ( merajuk )

Komen:
Walaupun perkara tersebut dilihat seperti perkara biasa dan tidak terlalu rumit namun kesanya boleh menyebabkan hubungan persahabatan menjadi rengang malah berlaku permusuhan mulut atau berkata belakang. Dalam situasi di atas, si Y tidak sepatutnya menjawab atau memberi tindak balas sedemikian walaupun dia sememangnya malas menemani si X. Dia sepatutnya menjaga hati kawannya. Mungkin si X boleh memberi alasan yang tidak menyinggung perasaan,iaitu ‘saya tak ada wang dah ni’ atau ‘saya masih penat, nanti berapa jam lagi kita jalan’ dan akhirilah tindak balas tersebut dengan perkataan ‘maafkan saya sebab tak dapat temankan awak kali ni’. Kemahiran berkomunikasi sememangnya satu ilmu yang sangat penting dipelajari dan dipraktik oleh masyarakat kita demi menjaga hubungan kita dengan masyarakat.