Hari ini saya terlalu penat dari kelas kuliah yang bertempat di Proton City, Tanjung Malim. Walau penat sekalipun saya sempat melayari internet dan membuka akaun laman ‘facebook’. Dalam beberapa minit saya tengok-tengok gambar orang, tiba-tiba ada mesej dari kawan dalam melalui ‘chat’. Berikut merupakan serba sedikit gambaran perbualan kami dan saya hanya banyak mendengar luahan rakan tersebut.
Rakan: hai, sibuk ka?
Saya: tak la, dari kelas tadi..napa?
Rakan: takde apa..
Saya: owh, apa khabar sekarang?
Rakan: ok juga Cuma sibuk sikit la dengan tugasan yang banyak. lepas tu, saya tekanan betul dengan sikap kawan saya ni.
Saya: napa pula? Kawan ko yang satu kelas kita dulu tu ka?
Rakan: iya, ko tau ka saya sama kawan-kawan yang lain malas nak kawan dengan dia. Minta puji je banyak, lepas tu ego lagi tak pandai faham perasaan orang lain. Dia sekarang tu semakin menjadi-jadi, pakai seksi-seksi masuk kelas dan gedik pula tu.
Ulasan: Laman 'facebook’ merupakan salah satu laman yang memudahkan orang ramai berkomunikasi secara maya. Namun, perkara yang saya bincangkan di sini ialah sikap kita yang suka bercakap belakang. Perkara ini harus dielakkan kerana perbuatan mengumpat atau mengata orang dari belakang merupakan tindakan yang kurang baik. Walaupun kita tidak menyukai seseorang, kita tidak sepatutnya mendedahkan keburukkan orang lain. Tindakan ini boleh menjatuhkan maruah orang. Perbuatan berkata belakang lebih cenderung membawa kita untuk memfitnah orang lain.
No comments:
Post a Comment