Thursday, January 27, 2011

ADA KU KISAH?

Hari ini 27 januari bersamaan hari khamis, ada satu perkara yang telah menarik perhatian saya. Saya bersama kawan-kawan menunggu bas di Proton City ke bilik kuliah Taman Bernam. Kami telah menunggu bas dalam masa yang lama, iaitu lebih daripada satu jam. Jam tangan saya sudah pukul 1.45 p.m tetapi bas masih belum tiba. Ada sebuah bas yang sudah berhenti terlalu lama tetapi tidak ada pelajar yang yang menaikinya kerana destinasi bas tersebut hanya di Diamana. Satu perkara menyedihkan dan melucukan berlaku apabila ada seorang pelajar meminta tolong kepada pemandu bas tersebut supaya menghantar pelajar ke Kampus dan Taman Bernam. Namun, pemandu tersebut memberi jawapan yang tidak menyenangkan hati semua pelajar yang ada di tempat  tersebut.

Pelajar: Abang, boleh minta tolong hantar kami ke kampus?
Pemandu: Saya tak pergi ke kampus, tengok ni saya pergi ke Diamana (sambil menunjukkan kertas yang bertulis ‘Diamana’, iaitu destinasi bas tersebut).
Pelajar: Tapi, tak ada pelajar pergi ke tempat tu sekarang, kami minta tolong, kami ada kelas pukul 2.00 petang ni.
Pemandu: Aik, ada ku kesah?, ada ku kesah kamu ada kelas?

Dialog di atas menggambarkan situasi yang berlaku ketika itu. Selepas pemandu itu berkata ‘ada ku kisah’, semua pelajar di tempat tersebut diam. Namun, tidak lama kemudian pemandu tersebut menyuruh pelajar naik. Mungkin pemandu tersebut sedar akan percakapannya yang kurang sopan dan kurang disenangi oleh pelajar yang ada di tersebut. 

No comments:

Post a Comment