Sunday, February 20, 2011

Kemahiran Berkomunikasi

Kadang-kadang kita tidak sedar dalam perhubungan dan pergaulan kita sudah menyakiti hati hati orang lain. Ada seorang kawan ini bercerita dengan saya, katanya dia ada konflik dengan sahabat rapatnya gara-gara tersinggung dengan cara kawanya bercakap. Dalam entri ini, saya berikan nama kawan yang bercerita dengan saya ini si X dan kawan yang satu lagi si Y. Situasi tersebut dapat digambarkan seperti perbualan di bawah. Mereka tinggal dalam satu rumah dan satu bilik di sebuah kolej swasta.

Si X: Y, mari kita  turun p Tesco.
Si Y: Malas lah nak turun.
Si X: Ai, temankan saya jer. Tak berani la jalan sorg-sorg.
Si Y: Ada ku kesah...Malas ni jalan-jalan.
Si X: ( merajuk )

Komen:
Walaupun perkara tersebut dilihat seperti perkara biasa dan tidak terlalu rumit namun kesanya boleh menyebabkan hubungan persahabatan menjadi rengang malah berlaku permusuhan mulut atau berkata belakang. Dalam situasi di atas, si Y tidak sepatutnya menjawab atau memberi tindak balas sedemikian walaupun dia sememangnya malas menemani si X. Dia sepatutnya menjaga hati kawannya. Mungkin si X boleh memberi alasan yang tidak menyinggung perasaan,iaitu ‘saya tak ada wang dah ni’ atau ‘saya masih penat, nanti berapa jam lagi kita jalan’ dan akhirilah tindak balas tersebut dengan perkataan ‘maafkan saya sebab tak dapat temankan awak kali ni’. Kemahiran berkomunikasi sememangnya satu ilmu yang sangat penting dipelajari dan dipraktik oleh masyarakat kita demi menjaga hubungan kita dengan masyarakat.

No comments:

Post a Comment