Sunday, January 23, 2011

Mencarut

Pada pukul 5.30 petang tadi saya bersama tiga orang kawan satu rumah dengan saya turun ke padang untuk bermain bola sepak. Kami dimaklumkan oleh kawan-kawan yang tinggal di Kolej kediaman Harun Aminurrashid bahawa pasukan Sabah dan Sarawak akan membuat perlawanan persahabatan. Kebanyakkan pelajar Sarawak yang bermain pada petang itu bukanlah orang yang saya tidak kenal. Hari-hari biasa kami juga selalu bermain bersama di kawasan pinggir atau tepi padang kerana latihan bola sepak MASUM menggunakan padang bola utama UPSI. 

          Hari ini kami bermain di padang utama UPSI. Perkara yang berlaku semasa berlansungnya perlawanan tersebut ialah satu pergaduhan kecil disebabkan tindakan mengasari antara satu sama lain. Dalam situasi yang sama, seorang kawan yang marah telah menengking pihak lawan dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan. "APA BARANG MAIN KASAR-KASAR, FUCK YOU LAH"(Sambil mengeluarkan isyarat jari hantu yang tidak sopan), itulah kata-kata yang sempat saya dengar semasa pertelingkahan tersebut. Walaupun pengadil memberi amaran, tetapi dia tidak mengendahkannya dan  kelihatan mukanya merah padam kerana terlalu marah. 

          Memang betul orang kata, kalau ingin mendengar kata-kata kesat pergilah ke stadium perlawanan bola sepak, bukan sahaja pemain yang mengeluarkan kata-kata yang kurang enak malah lebih dasyat kata-kata yang dikeluarkan oleh penonton. Dalam situasi itu tadi sepatutnya sahabat tersebut perlu menjaga tutur katanya walaupun dalam keadaan terlalu marah, apatah lagi melibatkan pemain-pemain yang bakal menjadi pendidik. Kata-kata tersebut hanya memalukan dirinya sendiri. Dalam kehidupan seharian kita sentiasa berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang melibatkan perlakuan, sikap serta percakapan.

No comments:

Post a Comment