Friday, January 21, 2011

Komunikasi harian

Hari ini saya ada kelas Bahasa Jepun, dalam kelas bahasa Jepun sememangnya kita perlu bercakap dalam  bahasa Jepun. Selepas itu, saya terus ke seminar sosiolinguistik yang bertempat di Dewan Seri Tanjung, UPSI dan melihat prof. Awang Sarian sedang memberi syarahan tentang kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa komunikasi selaku bahasa kebangsaan.

       Sesuatu yang saya sedari ialah waktu makan saya terdengar dua orang kawan bercakap dalam bahasa inggeris. Saya menoleh ke arah orang yang bercakap. Perkara yang menyedihkan ialah mereka merupakan pelajar yang mengambil jurusan pendidikan Bahasa Melayu. Tambahan pula, seminar atau syarahan tentang kepentingan bahasa Melayu dalam komunikasi baru sahaja dihadiri oleh dua orang ahli PERBAYU tersebut.

No comments:

Post a Comment