Saturday, January 22, 2011

Perhubungan dan Interaksi

Hari ini saya telah melawat seorang pensyarah UPSI yang berasal dari Sarawak dan tinggal di sebuah kawasan perumahan. Saya bersama lapan orang sahabat yang seuniversiti dengan saya. Dalam cerita atau perbincangan kami termasuklah tentang pergaulan  individu dengan individu dan individu dengan masyarakat.

           Satu perkara yang sangat penting yang dapat saya tanamkan dalam hati dan minda saya ialah pengajaran mengenai perhubungan, iaitu kunci utama untuk menjaga hubungan antara sesama ialah kita perlu memikirkan serta melakukan perkara yang kita kehendaki orang perbuat kepada kita, dan perkara itu jugalah yang kita perbuat perlu kepada orang.

         Kata-kata yang sopan dan tindakan yang lemah lembut merupakan satu senjata yang harus kita bawa dalam kehidupan kita seharian. Kita lakukan hal ini kerana setiap lapisan masyarakat tidak kira berbeza  keturunan, bangsa, dan agama mempunyai sifat yang sama, iaitu menginginkan kebaikan daripada orang lain.

No comments:

Post a Comment