Wednesday, January 26, 2011

Masyarakat yang Pelbagai

Lebih kurang pukul 7 petang tadi saya bersama 3 orang kawan makan malam di sebuah restoran cina, iaitu Fu Man. Sementara menunggu pelayan, kawan saya bertanya jenis-jenis makanan yang ada di restoran tersebut. Memandangkan saya pun bukannya tahu semua jenis makanan yang ada di restoran itu, saya hanya menyebut 2 jenis makanan sahaja, iaitu ayam cili kering dan ayam masak halia.

Kawan 1: Apa la makanan yang ada di sini ni?
Saya: Banyak bha ni tapi saya tidak tau apa namanya, yang saya tau lauk ayam masak cili kering dan ayam masak halia saja.
Kawan 2: Kalau la ada tulisan bahasa melayu (romawi) kan bagus. Ini tulisan cina saja yang ada bha (melihat menu yang terlekat di dinding restoran dalam bahasa mandarin).
Saya: Itu la bha, sudah namanya pun restoran cina. Nanti kita tanya pelayan tu apa makanan yang ada.

Komen: Kita tahu bahawa negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Inilah suasana kehidupan masyarakat di Malaysia. Kita akan sentiasa berdepan dengan pelbagai jenis bahasa mahupun tulisan. Bahasa yang saya gunakan untuk berkomunikasi dengan kawan pun dalam bahasa melayu Sabah. Kami bertiga berlainan bangsa, iaitu masing-masing terdiri daripada Lundayeh, Rungus dan saya sendiri dilahirkan dalam masyarakat Dusun. Kalau dinilai dari segi penggunaan bahasa kebangsaan, mungkin kami tidak menuturkannya secara baku tetapi inilah sosiobudaya di negara kita. Orang Kelantan tidak akan bertutur dalam bahasa baku dengan orang negerinya sendiri, begitu juga halnya dengan masyarakat kedah atau perlis.
           Berkaitan dengan restoran cina, mereka tidak melekatkan menu makanan dalam bahasa Melayu. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka tinggal di Malaysia yang majoritinya memahami bahasa Melayu. Mungkin mereka tidak menyangka bahawa akan ada orang lain yang datang ke restoran tersebut selain orang cina. 

No comments:

Post a Comment