Monday, January 17, 2011

Bahasa Cerminan Budaya


Pada hari ini ialah semasa saya menaiki bas dari kampus ke bilik kuliah Proton City. Sememangnya isu bas atau perkhidmatan pengangkutan tidak lari dari perbincangan pelajar yang menumpang bas untuk hadir ke kuliah. Setiap hari pelajar akan mengalami situasi yang sama, iaitu menunggu dan menaiki bas. Berbalik kepada peristiwa yang berlaku pada hari ini, saya rasa agak lucu dan kecewa juga dengan sesetengah pemandu bas. 

        Selepas menunggu lama, bas pun sampai dan berhenti di perhentian bas. Saya berdiri dan menuju ke pintu bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut, ”Abang, bas ni pergi ke Proton citykah?”. Pemandu tersebut menjawab,”Tak nampak ker tulisan tu?”. Ayat yang dikeluarkan oleh pemandu bas tersebut sememangnya menyakitkan hati dan saya sangat menyesal bertanya kepada pemandu tersebut. Saya cuma meminta kepastian sama ada bas tersebut ke destinasi tujuan saya. Tetapi jika difikir kembali, saya juga berasa lucu kerana mengeluarkan pertanyaan sedemikian. 

       Namun, kita sebagai warga yang tahu tentang adab sopan dan mengamalkan prinsip 'Bahasa jiwa bangsa' perlu memikirkan kata-kata yang wajar diujarkan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain walau betapa bodoh  atau rendahnya intelek seseorang sebab setiap orang yang normal mempunyai perasaan. Dalam perkara ini, saya anggap sebagai suatu pengajaran dan pengalaman hidup yang berguna bagi saya. Maksud saya di sini ialah kita juga perlu berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata sama ada untuk bertanya atau menjawab dan menjelaskan sesuatu kepada orang lain supaya tidak menyentuh sesama sendiri. 

1 comment:

  1. kawan-kawan,tolong komen kalau ada benda yang perlu diperbaiki@edit sebelum Dr baca.ehehe..

    ReplyDelete