Saturday, March 12, 2011

“SHIT”

12 March 2011

Kalau kita ingin mendengar perkataan ‘shit’, lihat sahaja kawan kita bermain permainan video. Saya baru sahaja bermain permainan video dengan kawan saya. Saya biasanya bermain permainan ini untuk menenangkan fikiran selepas sibuk menyiapkan satu atau dua tugasan akademik. Saya membawa kawan ini bermain permainan video ‘PES’ atau perlawanan bola sepak. Kawan saya ini pun suka bermain permainan video. Tetapi yang melucukan saya ialah cara dia bermain, iaitu tingkah lakunya semasa bermain permainan ini. Dia sangat bising, teriak-teriak dan adakalanya mengeluarkan kata-kata yang kurang ‘sedap’ didengar, perkataan ‘shit’. Kalau dia cuba menendang bola ke pintu gol tetapi bola tersasar mesti perkataan ‘shit’ akan keluar dari mulutnya. Kata-katanya itu seperti dibawah;

“adoiii...Shit!!!...tak masuk lagi..”

            Walaupun suasana meriah dengan adanya emosi bermain permainan tersebut tetapi kadang-kadang perkataan yang dia keluarkan kurang enak didengar. Bagi saya yang sudah biasa dengan caranya, tidak juga rasa marah. Tetapi perkataan ‘shit’ membawa maksud yang kurang sopan dan jika perkataan ini mmenjadi kebiasaan dalam masyarakat, kemungkinan besar perkara ini menjadi racun bahasa sama juga situasinya dengan perkataan  ‘cantik giler’, ‘ hebat sial’ dan seumpamanya. Bahasa mempunyai nilai moral yang tinggi dan perlu dijaga kerana bahasa yang digunakan oleh penutur menggambarkan peribadi ppenutur itu sendiri.

Nada Suara Perlu Dijaga

12 March 2011


Awal pagi ini, kira-kira dalam jam enam, tidur saya terganggu apabila mendengar nada suara orang yang tinggi. Saya masih tutup mata walaupun telinga saya mendengar suara tersebut semakin dekat. Tiba-tiba orang ‘empunya’ suara mengetuk pintu bilik. Rupa-rupanya orang ini kawan kepada kawan sebilik saya. perkara yang tidak menyenangkan saya ialah orang itu masih menggunakan nada suara yang kuat walaupun melihat kami yang sedang tidur. Kami ada tiga orang dalam satu bilik. Dia bercakap dengan kawan saya begitu lama tanpa menghiraukan perasaan orang yang sedang tidur. Lazimnya pada hari ahad saya mesti mempunyai tidur dan rehat yang cukup sebagai ganti kepada hari-hari sebelumnya yang penuh dengan kesibukan. Tambahan pula, perkara yang mereka bualkan bukanlah perkara yang penting, kalau perkara penting mungkin kita boleh faham.

            Jadi bagi saya, kalau kita bercakap perlulah mengambil kira keadaan sekeliling dan cuba memahami perasaan orang. Apatah lagi, tempat kita bercakap bukanlah tempat atau rumah kita sendiri. Tidak salah juga kita datang awal subuh di rumah orang jika itu sahaja masa yang ada tetapi haruslah menjaga kata-kata dan nada suara supaya tidak menganggu atau meyusahkan orang lain.

Bercakap Biar Berpada-pada

12 march 2011
Pada petang tadi kami telah membuat satu pelawanan persahabatan bola sepak antara pasukan ‘A’ dan pasukan ‘B’. Perlawanan ditentukan pada pukul 5 petang mengikut persetujuan kedua-dua pasukan. Namun, pasukan masa ketibaan pasukan B tidak seperti perjanjian yang telah ditetapkan. Ada beberapa pemain pasukan A berbual-bual sementara menunggu pemain B masuk padang. Topik perbualan mereka adalah mengenai disiplin dan sikap pemain dari pasukan B tersebut. Perkara yang berlaku di sini ialah pemain-pemain tersebut bercakap menggunakan kata-kata yang kurang sopan. Walaupun mereka bergurau dalam mengumpat, kata-kata yang dikeluarkan sememangnya boleh menyinggung perasaan orang lain.

Pemain X: apa ni polis tak ade disiplin.
Pemain Y: tu la, lebih dorg cakap tak dapat datang.
Pemain Z: banggang ba tu, pandai ‘tembak’ pompuan ja.
Pemain X, Y, Z: hahahhahahahaa......

Komen: Perbualan pemain-pemain A sungguh tidak sopan. Tambahan pula terdapat pemain pasukan B yang mendengar perbualan mereka. Pemain dari pasukan A tersebut tidak menghiraukan pemain B yang mendengar perbualan mereka, seperti sengaja supaya pemain dari pasukan B itu dengar perbualan mereka. Bagi saya, pemain pasukan A tidak sepatutnya berbual dan mengata orang secara berdepan kerana perbuatan itu hanya menyakiti hati orang lain. Bukannya susah untuk bertanya perkara yang membuatkan pasukan B gagal turun pada masa yang dipersetujui. Lagipun, perlawanan  anatra pasukan A dan pasukan B hanyalah perlawanan persahabatan, segala kegagalan seharusnya dapat dimaafkan.

Friday, March 11, 2011

Ganggu tidur

11 march 2011

Waktu petang yang sejuk ditambah dengan hujan renyai-renyai membuatkan mata kita ingin berehat. Ada seorang kawan saya ini sedang tidur dengan lenanya. Dia sudah lama tidur dari pukul 4 2 petang tadi lagi. Saya gelar kawan yang tengah tidur ini dengan X. Si X ini tidur di bilik sebelah. Pada pukul Sewaktu dia lena tidur, kawan sebilik dengan saya, iaitu saya gelar dengan nama Y ingin membawa si X pergi berjoging di satu kawasan perumahan kerana hujan sudah lama berhenti. Tetapi si X  masih dalam mimpi yang indah. Oleh sebab si Y segan berjoging keseorangan, dia ketuk-ketuk bilik si X tetapi si X tidak menyahut. Si Y tidak putus asa mengetuk dan mengatakan seperti ayat di bawah;

“wei, buka pintu, bangun...mari kita pegi joging”
Tiba-tiba si X menyahut;
“malaslah...mengantuk. ko pegi la”
Si Y: lama sudah ko tidur, kena gaut (penyakit lutut) ko nanti.
Si X: pegi la, saya nak tidur. Jangan ganggu (nada mara).
Si Y: bodoh...perut besar.

Komen: kata-kata yang dikeluarkan dalam situasi di atas sememangnya tidak sepatutnya berlaku. Si X dan si Y tidak perlu mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan. Si Y perlu faham keadaan, perlu fikir perasaan si X yang sememangnya mengantuk. Jika dinilai pun, si Y ada hak untuk tidak turun berjoging kerana bergantung kepada keinginannya. Si Y tidak perlu memaksa dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati kawan sendiri walau rapat mana sekalipun.



Thursday, March 10, 2011

Bercakap Mengikut Status Sosial Seseorang

10 march 20011

Sebelum tidur saya selalunya melayari internet, laman sesawang ‘facebook’. Semalam saya sempat melayari internet pada pukul 1.15 pagi kerana lewat dari kolej kediaman Harun Aminurrashid. Setibanya di rumah saya duduk dan terus melayari internet. Setelah membuka laman ‘facebook’ saya lihat pelbagai ‘status’ kawan-kawan dan termasuklah seorang pensyarah saya. Pensyarah tersebut meletakkan ‘status’ begini;

 “hari ini saya sungguh penat, satu hari tak makan. Sibuk sangat”.

Selepas itu, saya baca dibawahnya banyak yang memberi komen ‘status’ pensyarah tersebut. Ada yang simpati ada pula yang bergurau mahu membawanya keluar makan.  Tetapi ada pula individu yang memberi komen seperti tidak ada perasaan. Individu itu juga seperti saya, iaitu seorang pelajar dan seorang pelajar. Individu ini memberi komen seperti di bawah;

“aik ini pensyarah ka pelajar? macam kekeringan ja Sensai ni, banyak kekalutan”

Terus, ada seorang lagi pelajar ini memberi komen khusus untuk individu tersebut, pelajar perempuan ini memberi komen berikut;
“ei ****(nama individu dalam facebook), nape ayat awak tu semacam kurang ajar sangat? Tak baca ka Sensei kata sibuk? Lagi satu bukan ‘Sensai’ tapi ‘Sensei’.

* “Sensei” merupakan nama panggilan pensyarah tersebut dalam kelas kursus Bahasa Jepun.

Komen: Dalam kehidupan kita seharian, kita berdepan dengan manusia yang pelbagai status sosial. Kita seharusnya melihat status seseorang sebelum bercakap. Bercakap biarlah menghormati status seseorang. Setiap gurauan tidak salah tetapi harus berhati-hati supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Dalam situasi tersebut saya sangat bersetuju dengan pelajar perempuan tersebut kerana  berani menegur individu tersebut.


'Hormati orang lain'

10 March 2011 (khamis)- Sebentar tadi pada pukul 9.00 p.m, saya ke Kolej Kediaman Harun Aminurrashid, UPSI untuk menghadiri latihan drama dan seni lakon bersama kawan-kawan yang terlibat. Selepas tamat latihan pada pukul 11.00 malam, saya dan Sidi kawan sekelas saya pergi ke sebuah restoran. Sebaik sahaja duduk kami dilayan oleh pelayan restoran tersebut. Setelah selesai, saya melihat sekitar dan ternampak ada seorang makcik yang membawa beberapa jenis keropok. Saya perhatikannya dari jauh, dan mendapati makcik tersebut ingin menjual keropok keropok itu kepada pelanggan-pelanggan dalam restoran tersebut. Apabila makcik tersebut cuba menawarkan keropok itu kepada pelanggan, ada yang membeli dan ada pula yang tidak membeli. Namun, perkara membeli dan tidak itu merupakan suatu kelaziman. Tetapi perkara yang menyedihkan ialah terdapat beberapa kumpulan manusia yang tidak tunjuk hormat kepada makcik tersebut.  Tadi saya melihat kumpulan manusia yang ‘tak berakal ini’ tidak memberi sebaranag ‘respon’ atau tindak balas kepada makcik tersebut. Mereka membiarkan makcik itu bercakap tanpa menghiraukannya.

                Jadi bagi saya, perkara ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi latar tempat atau latar masyarakatnya terdiri daripada masyarakat berpendidikan tinggi atau boleh dikategorikan sebagai golongan berilmu. Kita tidak boleh memandang hina terhadap golongan seperti makcik tersebut biarpun beliau hanya menjual keropok di tepi-tepi jalan. Kumpulan manusia ‘tak berakal’ tersebut seharusnya melayan makcik tersebut walaupun tidak membelinya, cukuplah setakat memberitahu makcik itu bahawa mereka tidak dapat membeli keropok tersebut. Jangan biarkan makcik itu berdiri lama atau menganggap kedatangannya tidak dirasai. 

Sunday, March 6, 2011

“Gilalah, Sial”

Sedar atau tidak, masyarakat kita sekarang telah banyak menggunakan perkataan-perkataan petuturan harian yang mempunyai nilai moral rendah. Telinga saya sudah lali dengan perkataan-perkataan yang dituturkan oleh kawan saya. kadang-kadang kita pun terikut-ikut kerana sudah menjadi kelaziman dengan maksud penutur. Semasa menonton rancangan perlawanan bola sepak melalui televisyen, saya banyak mendengar perkataan tersebut. 
         Semalam bersamaan  6 march 2011 tepat pukul 9.30 malam, ada perlawanan antara pasukan Manchester United menentang pasukan Liverpool. Semua orang yang minat dengan bola sepak semestinya mengenali dua buah pasukan yang terkenal ini. Perkara yang menarik perhatian saya ialah pertuturan masyarakat kita sekarang. Semasa pemain liverpool berjersi nombor 7, iaitu Luis Suarez membawa bola dan dapat menembusi empat orang pertahanan lawan, kawan saya tiba-tiba bersuara;

“wah, gilalah Suarez, cantik sial dia bawa bola tu”.

     Jika diperhatikan dari segi penggunaan perkataan ‘gila’ dan ‘sial’ sememangnya kurang bermoral. Namun jika diperhatikan dari segi konteks dan semantik ayat, sememangnya ayat ini bukanlah membawa maksud mencarut atau memperlekehkan pemain itu, sebaliknya, dia kagum dan memuji kehebatan permainan pemain tersebut. Penggunaan perkataan sedemikian semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat kita sekarang. Persoalannya, adakah penggunaan perkataan-perkataan sedemikian dalam pertuturan seharian perlu diperbetulkan atau membiarkannya kerana pertuturan sedemikian sebagai salah satu keunikan bahasa?.